Menu

Thursday, December 26, 2013

Lokasi

LOKASI DAMAI HOMESTAY:


Address :

F1/142,Jalan Desa Permai Atas Bukit,

Taman Desa Permai, Seberang Marang

21600, Marang

Terengganu


Sila klik gambar untuk peta lebih terperinci 

 Damai Homestay Marang Google Map


Biasanya kami akan mengambil pelanggan Damai Homestay di masjid ini. Masjid ini terletak di tepi jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu

Papan tanda ke Damai Homestay

LOKASI INAP D'DAMAI (HOMESTUDIO):



Sila klik gambar untuk peta lebih terperinci 

Inap D'Damai Google Map

JARAK :

-0.5km ke Bandar Marang/Jeti Pulau Kapas/Pantai Peranginan Kelulut(Medan Ikan Bakar). 

-6km ke TESDEC, UCSI

-20km (20 minit) ke Bandar Kuala Terengganu, Mydin Mall, Giant.

-15 minit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah/Pantai Batu Buruk/UNISZA Kampus Kuala Terengganu

-25-30 minit ke Pasar Kedai Payang, Taman Shah Bandar, Muzium Negeri,Taman Tamadun Islam,Pulau Duyong.


LOKASI:

Terletak di lokasi strategik;
- di tepi jalan raya utama Kuantan-Kuala Terengganu.
-bersebelahan Kedai Runcit Nur Amisya.
-berdekatan Kedai Masakan Panas Pok Man dan Kedai Nasi Ayam AA (tersohor di Marang).
-berdekatan Kedai Keropok Lekor Kak Chik.
-berhadapan Masjid Seberang Marang.
-berdekatan dengan perubatan alternatif Islam Ustaz Husin

Apa yang menarik di Marang, Terengganu

Tempat Pelancongan di Marang, Terengganu.

Terletak hanya kira-kira 20km daripada Kuala Terengganu, Daerah Marang sebenarnya menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang cukup menarik dan unik. Namun sayang sekali tidak ramai pelancong yang mengetahui tempat-tempat ini. Jadi sebagai anak jati Marang, pemilik blog ini ingin berkongsi bersama anda semua, apa yang menarik di Marang ini. Jom!

1. Pulau Kapas

Pulau Kapas! One of the most beautiful island in our beloved land. Pulau Kapas adalah antara pulau yang sering menjadi pilihan pengunjung dari luar dan juga dalam negeri. Jarak Pulau Kapas dari darat hanyalah sekitar 15 minit. Jika anda ingin pergi ke Pulau Kapas, anda bolehlah mengambil perhidmatan bot yang disediakan di sekitar Jeti Marang. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Kapas ialah seperti syarikat Mak Cik Gemok l dll. Kebiasannya, harga tambang bot untuk pergi dan balik ialah sekitar RM 30 - 50. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Kapas adalah seperti snorkeling, skuba, barbekue, berkayak, banana boat dan bermacam macam lagi. Chalet? jangan risau, terdapat banyak chalet di Pulau Kapas. Anda boleh tidur di chalet dengan harga yang berpatutan.



2. Pulau Kekabu

Pulau Kekabu!Walaupun namanya Pulau Kekabu, namun ia bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Kapas. Ia merupakan sebuah kawasan pantai landai yang sangat sesuai untuk bermandi manda. Jika anda adalah seorang yang sukakan permandangan pantai, anda harus singgah di Pulau Kekabu ini. Permandangannya sungguh mengasyikkan.



3. Bandar Marang ~ Bandar Nelayan

Dahulu Bandar Marang pernah digelar Pekan Koboi kerana pekannya yang terlalu kecil dan kurang membangun berbanding bandar-bandar lain di Negeri Terengganu. Namun tidak lagi kini kerana Bandar Marang sudah jauh berubah. Banyak bank (BSN, CIMB, Bank Islam, Agro Bank), pasaraya (Zon Ria, Pasarayaku, RM2, Ten-Ten dan lain-lain) dan restoran makanan segera (KFC,Pizza Hut) sudah dibuka di Bandar Marang ini. Bandar Marang ini turut cukup terkenal sebagai salah satu lokasi pendaratan ikan. Anda juga tak perlu risau mengenai kesesakan kerana ia bandar kecil sahaja namun lengkap segala kemudahan. Sesuai untuk anda yang lari daripada kesibukan.



4. Medan Selera Kelulut

Medan Selera Kelulut ini cukup terkenal dengan dengan kepelbagaian hidangan makanan laut yang cukup segar daripada laut dan menyelerakan seperti ikan bakar, kerang bakar dan sotong celup tepung. Harga pun berpatutan. Dibuka daripada petang hingga lewat malam. Wajib singgah jika datang ke Marang.




5. Pantai Kelulut

Pantai Kelulut terletak diantara Marang dan Rantau Abang. Anda boleh menikmati keindahan pantai yang memanjang sayup mata memanjang. Kami sendiri selalu berkelah disini. Pantai yang sungguh indah dan angin yang sentiasa bertiup sangat sesuai untuk berehat. Kebiasaanya anak-anak kami tidak akan melepaskan peluang untuk bermain wau.

Di Pantai Kelulut ini terdapat banyak kemudahan yang boleh anda gunakan. Terdapat tandas awam dan pondok rehat bagi memenuhi keperluaan pelawat. Kebiasanya kami sekeluarga akan membeli keropok goreng untuk dinikmati bersama semasa berehat di pantai tersebut.

Pantai ini juga sentiasa menjadi tapak Pekan Budaya yang diadakan secara tahunan.






6. Jeti, Medan Selera dan Pasar Marang

Jeti Marang adalah merupakan satu kawasan yang dilabelkan oleh Pelancongan Terengganu sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri Terengganu. Jeti ini merupakan gateway para pelancong untuk ke Pulau Kapas dan aktiviti mencandat sotong. Terdapat beberapa kemudahan yang boleh membantu anda dalam melancong ke Pulau Kapas.

Di kawasan ini terdapat deretan kedai syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan. Terdapat juga kemudahan surau dan tandas awam disini. Apa yang menarik disini, terdapat beberapa tarikan lain yang berdekatan seperti  lagun Marang, permandangan seperti waterfront sungai Marang dan kawasan penempatan di tepi sungai Marang.

Jeti Marang

Kira-kira 50 meter daripada Jeti Marang ini, terdapat Pasar Marang yang baru sahaja dinaik taraf bermula 2010. Di pasar ini, anda boleh membeli pelbagai jenis ikan, sotong dan udang segar dari laut. Terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tempatan yang wajib anda rasai jika ke sini.




Selain dari itu anda juga menikmati makanan tempatan seperti Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Laksa Terengganu di deretan restoran / warung yang berada di tepi Sungai Marang. Daripada kawasan ini juga, anda dapat melihat pemandangan muara sungai Marang dan bot-bot nelayan yang berulang-alik ke jeti. Bayangkan betapa mengasyikkan dapat menikmati sarapan sambil dibuai bayu angin laut.



7. Lagun Marang

Indah, Tenang dan Damai ... itulah ungkapan sesuai bagi mengambarkan keadaan tempat ini. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar untuk mendapatkan photo pemandangan perkampungan nelayan.  Jelas masih terpelihara keadaannya sebagaiman 5 tahun dahulu. Di lagun ini anda boleh berkelah dan menikmati permandangan disungai yang jelas kelihatan pelbagai jenis kawan ikan berenang ditepian sungai. Selain dari itu terdapat bot-bot lama yang ditinggalkan mewujudkan suasana seperti era 70 - 80an.

Selain dari itu anda juga boleh melihat aktiviti nelayan seperti aktiviti membaiki bot, membaiki pukat dan membuat bubu tangkapan hasilan laut seperti ketam dan udang.





8. Pembuatan Air Nira

Kampung Batangan ini merupakan salah satu kampung yang sangat aktif dengan perusahan kampungnya. Selain dari Perusahaan Dodol Palas, ianya juga terkenal dengan Pembuatan Nisan Nira Kelapa. Nisan atau lebih dikenali di Pantai Barat sebagai - gula merah.




9. Pembuatan Ketupat Palas

Dodol Daun Palas merupakan Perusahaan Tradisi penduduk kampung Batangan Marang. Ianya sangat berlainan berbanding dengan dodol-dodol lain yang ada di pasaran. Ini kerana setiap dodol  yang di keluarkan akan dibalut menggunakan daun palas. Penggunaan daun palas akan menjadikan dodol tersebut lebih sedap baunya. Untuk makluman semua, terdapat banyak tempat yang membuat dodol dikampung ini. Dodol yang dihasilkan tiada berjenama, cuma  apa yang membezakan dodol ini ialah rasanya dan warna plastik setiap bungkusan besar.Satu bungkusan dodol daun palas ini adalah RM7 bagi 50 unit dodol palas. Kebiasaannya di warung luar menjual dodol ini dengan harga 20 - 30 sen satu. 


10. Keropok Lekor TERSEDAP di Terengganu

Keropok Lekor merupakan makanan paling popular dan wajib dirasai jika berkunjung ke Terengganu. Kebiasaannya, pelancong luar lebih mengenali Keropok Losong berbanding Keropok Marang. Sebenarnya, Marang juga terdapat khazanah keropok lekor yang teramat sedap sekali. Jika anda perasan, di sepanjang jalan Marang ini, terdapat banyak deretan keropok lekor. Memang pening nak pilih yang mana satu. Ni salah satu kedai yang sedap keropoknya, terletak berhadapan dengan pantai Kelulut.






P/S : Info di atas diperolehi daripada dua blog ini. Terima kasih.
1. http://syafiqaghani.blogspot.com/2012/07/kenali-daerah-marang-terengganu.html
2. http://trulyterengganu.blogspot.com/search/label/..Marang

Hubungi Kami/Contact Us

HUBUNGI:

Cikgu Fatimah:013-9654794

Encik Hanid:019-9208528

Rumah : 09-6181328






SELESA DAN BERBALOI

Harga/Price

HARGA:

Melebihi 2 malam, harga boleh dirunding.

RM150 (2 bilik)

RM190 (3 bilik)

RM240 (4 bilik) 




Mencari homestay dengan harga lebih MURAH? Damai Homestay kini membuka cawangan terbaru homestay di Marang,Terengganu iaitu Inap D'Damai. Berkonsepkan home studio. Penginapan selesa persis di hotel dengan kelengkapan seperti sebuah rumah pada harga serendah RM100! Nak tahu lagi? Jom buka link blog ini, http://terengganuroomstay.blogspot.com/2014/06/inap-ddamai-marang-terengganu.html

Friday, December 20, 2013

Welcome To Damai Homestay, Marang, Terengganu, Malaysia

Welcome to Damai Homestay, Marang, Terengganu, Malaysia

PRICE :

Over 2 nights , prices are negotiable .

RM150 ( 2 rooms)
RM190 ( 3 rooms)
RM240 ( 4 rooms )

CONTACT:

Ms Fatimah :013 - 9654794
Mr. Hanid :019- 9208528
Home: 09-6181328

Check in / check out

Check-in Time 2.00 pm , check-out 12.00 noon

LOCATION :

Seberang Marang , Marang , Terengganu. Please click this Damai Homestay , Marang ( Fadzil Group)

DISTANCE :

- 0.5km to Marang Town / Jetty Island Cotton / Beach Resort Kelulut ( Medan Ikan Bakar ) .
- 20km ( 20 minutes ) to the city of Kuala Terengganu Mydin Mall, Giant .
-15 Minutes to Hospital Sultanah Nur Zahirah / Batu Burok Beach / UniSZA Campus Kuala Terengganu
-25-30 Minutes to Pasar Kedai Payang , Shah Park City , State Museum , Islamic Civilization Park , Pulau Duyong .

SPACE :

  1. Comfortable Living room
  1. Family space

  1. Dining Room
  1. The Kitchen ( The kitchen includes a gas stove , refrigerator , toaster, basic kitchen equipment , dining set . )

  1. Covered Parking ( for 2 cars ) . The rest can be placed around the house .


BEDROOM : Bedrooms are spacious, comfortable and equipped with aircond

Room 1 (1 double bed and a set of furniture )



 Room 2 (1 double bed and a set of furniture )



Room 3 ( 1 double , 1 single bed and a set of furniture )



                           

Room 4 ( 1 double , 1 single bed and a set of furniture )


                               

BATHROOM :

2 bathrooms ( 1 bathrooms equipped water heater )
1 separate toilet


EQUIPMENT :

  1. The kitchen includes a gas stove , refrigerator , toaster, basic kitchen equipment , dining set .
  2. Automatic Washing Machine and suspension
  3. 2 TVs ( one TV has broadcast ASTRO)

  1. Iron and ironing
  2. Mattresses, pillows, blankets and extra toto .
  3. Towels, veil , carpets , fabrics and batik sarong .
  4. Bath soap and laundry soap .
  5. Books.

  1. Foot massager

Address :

F1/142 , Jalan Desa Permai Upper Hill ,
Taman Desa Permai , Seberang Marang
21600 , Marang
Terengganu

Contact :

Phone : 013-9654794 / 09-6181328
Facebook : Damai Homestay Marang Terengganu

Thursday, December 19, 2013

Damai Homestay Marang Terengganu - Banglo serendah RM150





Check in/check out

Waktu Check-in Jam 2.00 petang, Check-out Jam 12.00 tengahari

RUANG :

a)    Ruang Tamu yang selesa



    b)   Ruang Keluarga







    c)   Ruang Makan


    d)   Ruang Dapur 

    (Dapur dilengkapi dapur gas, blender, heater, water dispenser, lesung, peti sejuk, periuk nasi eletrik, pembakar roti,peralatan asas dapur,set meja makan.)










    Bahan-bahan asas masakan disediakan percuma khas buat anda 
    (Bawang, kunyit, garam, minyak dan lain-lain)

    Minuman dan makanan disediakan percuma khas buat anda 
    (Biskut, teh, gula dan pek minuman segera 3 dalam 1)


    e)   Ruang Letak Kereta

    Tempat Letak Kereta Berbumbung (untuk 2 buah kereta). Selebihnya boleh diletakkan di perkarangan rumah.


    f)  Bilik Tidur

    ~Bilik tidur luas, selesa dan kesemuanya dilengkapi aircond~

    1.  Bilik 1 (1 katil double, 1 katil single dan set perabot)








    2.  Bilik 2 (1 katil double dan set perabot)




    3.   Bilik 3 (1 katil double, 1 katil single dan set perabot)






    4.  Bilik 4 (1 katil double, 1 katil single dan set perabot)




    g)   Bilik Mandi

    2 buah bilik mandi (1 buah bilik mandi dilengkapi pemanas air)

    1 tandas berasingan


    LAMAN RUMAH :

    1. Kerusi Taman dan tempat BBQ



     

    2. Ampaian




    PERALATAN LAIN :


    1.  2 buah TV (1 TV mempunyai siaran ASTRO NJOI)




    2. Kerusi urut 



    3. Sterika dan tempat menggosok

    4. Extension 

    5. Tilam, bantal, selimut dan toto tambahan

    6. Tuala, telekung, sejadah, kain batik dan kain pelikat

    7. Sabun mandian dan sabun basuh pakaian.

    8. Mesin Basuh Automatik

    9. Buku-buku bacaan







    PERKHIDMATAN TAMBAHAN:

    Jualan Air Kotak, Air Mineral dan Maggi.




    Alamat :

    F1/142,Jalan Desa Permai Atas Bukit,

    Taman Desa Permai, Seberang Marang

    21600, Marang

    Terengganu


    Hubungi kami :